Articles on: [Version 2.0 BM] Bank Payment

[Versi 2.0] Cara Buat Pembayaran Gaji Melalui CIMB Bank

Perhatian penting kepada HR/Admin
Harap maklum bahawa MySyarikat tidak menyediakan kemudahan pembayaran gaji secara langsung ke akaun bank pekerja. Sebaliknya, sistem MySyarikat menyediakan fail bank yang boleh dimuat naik oleh HR ke portal bank untuk proses pembayaran secara pukal (Bulk payment).

Kami amat hargai perhatian anda terhadap perkara ini dan menggalakkan anda untuk menggunakan ciri ini untuk transaksi pembayaran yang lancar.

Cara membuat pembayaran gaji melalui Portal Maybank
Log masuk ke portal MySyarikat anda.

Langkah 1: Klik Payment.

Langkah 2: Klik Salary Payroll.

Langkah 3: Klik Salary Payroll List. Paparan menunjukkan senarai lengkap rekod gaji. Pilih tarikh gaji yang diinginkan untuk transaksi pembayaran pukal.

Langkah 4: Klik Ikon Mata untuk mengakses maklumat terperinci yang berkaitan dengan gaji yang dipilih.




Untuk dapatkan Bankfile tersebut, pihak HR/Admin perlu dapatkan di dalam sistem MySyarikat.

Pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut untuk dapatkan Bankfile:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-bank-file-pada-payroll-dalam-sistem-mysyarikat-t8a3g9/

Langkah 5: Pada ruangan Select Bank, pilih CIMB Bank.

Langkah 6: Klik CIMB BizChannel untuk memuat turun fail bank.



Perhatian Penting: Dilarang membuat sebarang perubahan kepada kandungan fail, kerana sebarang pengubahsuaian mungkin mengakibatkan kegagalan proses pembayaran secara pukal.


| CIMB BIZCHANNEL



Langkah seterusnya, Pergi ke laman web CIMB BizChannel di https://www.cimb.com.my/en/business/digital-banking/bizchannel-cimb.html.

Langkah 7: Klik Login




Langkah 8: Masukkan Company ID.

Langkah 9: Masukkan User ID.

Langkah 10: Klik Next.




Langkah 11: Pergi ke Bulk Payments.

Langkah 12: Pilih format fail yang diingini seperti Autopay TXT kemudian tanda pada bahagian Non-Encrypted dan klik Choose File untuk memuat naik fail dari Portal MySyarikat.

Langkah 12.1: Nyatakan akaun bank yang akan didebitkan (Pay From) untuk pembayaran.

Langkah 12.2: Klik Submit For Acceptance.





Langkah 13: Seterusnya, Status Fail Yang Dimuat Naik Awaiting Validation, yang biasanya mengambil masa antara 1 hingga 5 minit.

Langkah 14: Klik Refresh.





Apabila diluluskan, status akan berubah dari Awaiting Validation kepada Pending Confirmation.
Langkah 15: Klik Confirm.

Langkah 15.1: klik pada Blue Link untuk mengesahkan kejituan data dalam fail.




Langkah 16: Klik Workflow List di mana status berubah dari Pending Confirmation kepada Pending Approval.




Langkah 17: Klik Close. Paparan menunjukkan status kelulusan pembayaran.





Langkah Terakhir: Sahkan dan luluskan transaksi pembayaran pukal, memastikan kejituan dan pematuhan dengan standard peraturan. Setelah selesai, anda akan menerima pengesahan segera mengenai transaksi pembayaran pukal yang berjaya untuk rekod dan audit anda.

Updated on: 29/02/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!