Articles on: [Version 2.0 BM] Lateness

[Versi 2.0] Pengiraan Kelewatan Kehadiran Secara Automatik Dalam Payroll (Lateness Automatic In Payroll)

Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

Sistem MySyarikat akan membantu dalam mengira amaun kelewatan kehadiran staf dalam pemprosesan gaji. Pihak HR/Admin perlu tetapkan fungsi ini di System Setting > Payment > Lateness Setting



Perlu diingatkan juga bahawa amaun gaji basic staf pada Employee Salary Table perlu disetkan juga. Jika amaun gaji basic tidak disetkan, sistem MySyarikat tidak dapat mengesan pengiraan Lateness staf. Untuk tetapkan amaun gaji basic staf pada Employee Salary Table, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-penetapan-pada-employee-salary-table-staf-setup-employee-salary-table-l9fwmp/

Sebarang pengiraan Lateness yang pihak HR/Admin Approve kan akan dimasukkan dalam Payroll pada bahagian Deduction Item




a) Jenis Pengiraan Lateness Dalam Sistem MySyarikat

From Application adalah mengikut kepada pengiraan Lateness yang telah pihak HR/Admin Approve kan pada Attendance > Lateness (Beta) > Attendance Lateness





Custom adalah pengiraan secara manual. Pihak HR/Admin boleh masukkan nilai Lateness secara manual




b) Formula Pengiraan Lateness Dalam Sistem MySyarikat

Langkah 1:

Basic Salary atau Gross Salary yang disetkan pada Employee Salary Table bahagi dengan amaun yang disetkan pada Lateness working days in month = a





Langkah 2:

a bahagi dengan amaun yang disetkan pada Standard Working Hour = b



Langkah 3: b darab dengan jumlah jam staf tersebut lewat pada hari tersebut



Contoh pengiraan:

- Gaji basic yang disetkan pada Employee Salary Table staf tersebut: RM4,500.00

- Amaun yang disetkan pada Lateness working days in month: 31 hari

- Jumlah jam staf tersebut lewat pada hari tersebut: 1 jam 30 minit (1.5 jam)

RM4500/31 hari = RM145.16129

RM145.16129/9 jam = RM16.1290323

RM16.1290323 x 1.5 jam = RM24.19

RM24.19 adalah jumlah Lateness untuk staf itu pada tarikh tersebut


Cara Penetapan Kelewatan Kehadiran (Lateness Setup) Pada System Setting > Payment

Untuk cara penetapan kelewatan kehadiran (Lateness Setup) pada System Setting > Payment, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-penetapan-kelewatan-kehadiran-lateness-setup-pada-system-setting-payment-1rzhrk4/?bust=1710565389045

Updated on: 16/03/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!