Articles on: [Versi 3.0 BM] Apply Claim

[Versi 3.0] Cara Mohon Expenses Claim (Apply Expenses Claim) Dalam Website MySyarikat

1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

Dalam website Versi 3 System MySyarikat, pihak HR/Admin boleh buat permohonan Expenses Claim untuk staf. Buat permohonan Expenses Claim seperti biasa. Kemudian pada ruangan Applicant, dan pilih nama staf yang dikehendaki



Jika paparan amaran "Your employee information is incomplete" muncul seperti di bawah, tuan/puan perlu memastikan bahawa bahagian Approval Details untuk claim supervisor telah disetkan dan dikemaskini pada Employee Details. Ini adalah untuk membolehkan permohonan claim dilaksanakan.



Paparan pilihan cuti Leave Type yang memaparkan "This claim type is not Active" menunjukkan bahawa tetapan claim tersebut tidak diaktifkan dalam polisi claim pekerja (employee details claim policy), yang menghalang staf daripada memohon cuti tersebut.



Paparan di bawah menunjukkan bahawa permohonan claim melebihi jumlah had pemohonan dan had tahunan yang ditetapkan. Tetapan ini boleh diubah suai pada employee details claim policy.





2. Cara Mohon Expenses Claim Dalam Website MySyarikat

Untuk mohon Expenses Claim dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Apply
Langkah 2: Klik Claim
Langkah 3: Klik Expenses Claim




Langkah seterusnya:

Langkah 4: Pada ruangan Applicants, masukkan nama memohon
Langkah 5: Pada ruangan Transaction Date, masukkan tarikh permohonan
Langkah 6: Pada ruangan Claim Type, masukkan jenis Expenses Claim yang dikehendaki
Langkah 7: Pada ruangan Claim Amount, masukkan amaun Expenses Claim yang dikehendaki
Langkah 8: Pada ruangan Expenses Reason, masukkan maklumat yang dikehendaki (jika tiada, boleh masukkan simbol - atau 0)
Langkah 9: Pada ruangan Supporting document, masukkan fail yang dikehendaki (jika perlu)
Langkah 10: Klik Apply Now

Display of Expenses Claim Application


3. Cara Mohon Expenses Claim Dalam App MySyarikat

Untuk mohon Expenses Claim dalam app MySyarikat, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-mohon-tuntutan-kewangan-apply-financial-claim-dalam-app-mysyarikat-1740hsd/?bust=1706968156586

Updated on: 08/04/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!