Articles on: [Version 2.0 BM] GajiNow (Advance Salary)

[Versi 2.0] Cara Mohon Gaji Pendahuluan (Advance Salary) Melalui GajiNow Dalam Website MySyarikat

Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan GajiNow, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-fungsi-gajinow-dalam-sistem-mysyarikat-iho1l/


Cara Mohon Gaji Pendahuluan (Advance Salary) Dalam Website MySyarikat

Untuk memohon gaji pendahuluan (Advance Salary), pihak HR/Admin/staf boleh rujuk langkah berikut:

a) Application

Langkah 1: Klik Apply
Langkah 2: Klik GajiNow
Langkah 3: Tandakan pada bahagian I/we hereby agree to share data with Orpheus Capital
Langkah 4: Klik Get Started





Nota: Jika paparan seperti di atas dipaparkan, maklumat seperti nombor IC tidak dilengkapkan lagi. Pihak HR/Admin/staf perlu lengkapkan maklumat tersebut dalam Personal Details terlebih dahulu



Langkah 5: Lengkapkan semua maklumat pada bahagian Personal Details & Company Details







Nota: Ruangan yang ditandakan merah adalah ruangan yang wajib diisi oleh pemohon. Untuk lengkapkan maklumat pada Personal Details & Company Details, pengguna boleh klik pada Update Form sahaja



Langkah 6: Setelah semua maklumat pada Personal Details & Company Details diisi, boleh klik Save Draft



b) Upload Document

Langkah 7: Pilih tarikh yang dikehendaki
Langkah 8: Pilih amaun gaji pendahuluan (Advance Salary) yang dikehendaki
Langkah 9: Klik ikon pensil pada Bank Name, Bank Account Number & Account Holder Name



Langkah 10: Upload file yang dikehendaki



Nota: Keempat-empat file yang diupload ini perlulah dalam format PDF sahaja



Nota: Jika pihak HR/Admin/staf ingin dapatkan payslip 3 bulan, boleh klik pada bahagian Download payslip for the last 3 months here!



Nota: Jika paparan di atas dipaparkan bermaksud payroll tidak di generate lagi ataupun payroll masih berstatus Preparing, Pending, Review atau Approved. Hanya payroll berstatus Closed sahaja yang membolehkan pihak HR/Admin/staf untuk download payslip 3 bulan

Langkah 11: Tandakan pada bahagian I/we hereby confirm that all information regarding financing application at Orpheus Capital has been clearly understood and no further questions need to be resolved.

Langkah 12: Download Letter of Consent & tandatangan



Nota: Letter of Consent adalah seperti berikut



Langkah 13: Setelah tandatangan, klik Upload File & upload Letter of Consent yang telah ditandatangan
Langkah 14: Klik Save Draft



Langkah 15: Setelah klik Save Draft, klik Next



c) Credit Rating

Langkah 16: Pihak HR/Admin/staf perlu scan QR Code yang dipaparkan dalam website terlebih dahulu. Kemudian, untuk lengkapkan maklumat pada bahagian CTOS perlu dilengkapkan dalam telefon



Langkah 17: Dalam telefon, tandakan pada bahagian yang dibulatkan & klik Continue



Langkah 18: Pastikan fungsi Permission for Camera telah enabled & klik Yes, Continue



Langkah 19: Klik Get Started



Langkah 20: Tangkap gambar IC depan & belakang. Kemudian klik Confirm



Nota: Paparan berikut dipaparkan kerana nama & nombor IC pada gambar IC yang ditangkap tidak sama dengan nama & nombor IC pada Personal Details. Pihak HR/Admin/staf perlu update dua maklumat ini terlebih dahulu. Kemudian pihak HR/Admin/staf boleh ambil semula gambar IC yang baru







Langkah 21: Setelah selesai pada bahagian gambar IC, pihak HR/Admin/staf perlu rekod video selfie berdurasi 4 saat dengan klik Start Recording terlebih dahulu



Nota: Paparan berikut dipaparkan jika pihak HR/Admin/staf rekod video selfie lebih daripada 4 saat. Syarat video selfie yang diperlukan adalah durasi 4 saat ke bawah sahaja.



Nota: Untuk rekod video selfie yang baru boleh klik Take Again. Setelah selesai boleh klik Confirm



Nota: Paparan berikut dipaparkan jika sistem CTOS tidak dapat "match capture" gambar dalam IC yang diupload dengan video selfie yang diupload. Pihak HR/Admin/staf boleh klik Retry terlebih dahulu untuk rekod video selfie yang baru. Kemudian boleh klik Confirm



Langkah 22: Setelah selesai, paparan berikut akan dipaparkan





Langkah 23: Kembali kepada GajiNow dalam website MySyarikat & klik Next



d) Indicative Offer

Langkah 24: Pihak HR/Admin/staf boleh semak amaun gaji pendahuluan (Advance Salary) yang dimohon, tenor & Admin/Platform Fee. Kemudian, klik Accept & Next



e) Impact Assessment

Langkah 25: Pihak HR/Admin/staf wajib lengkapkan semua butiran dalam Impact Assessment terlebih dahulu







Langkah 26: Setelah lengkapkan, boleh klik Save & Next



f) TAC & Declaration

Langkah 27: Paparan seperti berikut akan dipaparkan




Cara Mohon Gaji Pendahuluan (Advance Salary) Dalam App MySyarikat

Untuk memohon gaji pendahuluan (Advance Salary) dalam app MySyarikat, pihak HR/Admin/staf boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-mohon-gaji-pendahuluan-advance-salary-melalui-gajinow-dalam-app-mysyarikat-zjgbw1/?bust=1710046103295

Updated on: 10/03/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!