Articles on: [Version 2.0 BM] GajiNow (Advance Salary)

[Versi 2.0] Fungsi GajiNow Dalam Sistem MySyarikat

Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

Memperkenalkan fungsi terkini daripada sistem MySyarikat, iaitu GajiNow! Kini semua staf serta pihak HR/Admin boleh memohon gaji pendahuluan (Advance Salary) melalui sistem MySyarikat sahaja

Fungsi GajiNow dalam sistem MySyarikat adalah pemohon boleh mohon gaji pendahuluan (Advance Salary) melalui sistem MySyarikat sahaja

Nota: Perlu diingatkan juga setelah staf mohon gaji pendahuluan (Advance Salary) dalam sistem MySyarikat, pihak majikan perlu buat pembayaran kepada pihak MySyarikat mengikut amaun gaji pendahuluan (Advance Salary) yang staf mohon

Contoh: jika staf mohon gaji pendahuluan (Advance Salary) berjumlah RM1,000 pihak majikan perlu lakukan pembayaran sebanyak RM1,065 kepada pihak MySyarikat. Berikut adalah cara pengiraan Amaun RM1,065

RM1,000 (amaun gaji pendahuluan yang staf mohon + RM50.00 (Admin Fee) + RM15.00 (Platform Fee). Majikan juga boleh rujuk paparan screenshot berikut untuk pengiraan yang lebih terperinci



Dalam GajiNow, berikut adalah proses yang perlu dilalui oleh pemohon:

a) Application
b) Upload Document
c) Credit Rating
d) Indicative Offer
e) Impact Assessment
f) TAC & Declaration

Nota: Perlu diingatkan bahawa 1 akaun hanya sekali sahaja permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh sebulan


Cara Mohon Gaji Pendahuluan (Advance Salary) Dalam Website MySyarikat

Untuk memohon gaji pendahuluan (Advance Salary) dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/staf boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-mohon-gaji-pendahuluan-advance-salary-melalui-gajinow-dalam-website-mysyarikat-1jvvuo9/?bust=1710039229115


Cara Mohon Gaji Pendahuluan (Advance Salary) Dalam App MySyarikat

Untuk memohon gaji pendahuluan (Advance Salary) dalam app MySyarikat, pihak HR/Admin/staf boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-mohon-gaji-pendahuluan-advance-salary-melalui-gajinow-dalam-app-mysyarikat-zjgbw1/?bust=1710039450445

Updated on: 10/03/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!