Articles on: [Version 2.0 BM] Overtime Claim

[Versi 2.0] Cara Mohon Kerja Lebih Masa (Apply Overtime Claim) Dalam Website MySyarikat

Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

Dalam website, pihak HR/Admin boleh mohon kerja lebih masa untuk staf. Pada ruangan Applicant, pihak HR/Admin boleh masukkan nama staf yang dikehendaki sahaja



Dalam sistem MySyarikat, jika terdapat 2 jenis format waktu (AM & PM) dalam 1 permohonan, paparan pada Total Hours akan menjadi 0 & button Submit Now tidak boleh di klik



- Ini kerana sistem MySyarikat tidak dapat mengesan jumlah waktu permohonan tersebut

- Untuk ini, pemohon perlu lakukan 2 permohonan kerja lebih masa

- Contoh situasi:

i. Staf tersebut bekerja lebih masa daripada 5:00 petang hingga 6:00 pagi keesokan harinya, staf tersebut perlu mohon 2 kali permohonan kerja lebih masa

ii. Permohonan kerja lebih masa 1: 5:00 PM hingga 11:59 PM

iii. Permohonan kerja lebih masa 2: 12:00 AM hingga 6:00 AM






Cara Mohon Kerja Lebih Masa Dalam Website MySyarikat

Untuk mohon kerja lebih masa (overtime claim) dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Apply
Langkah 2: Klik Claim
Langkah 3: Klik Overtime Claim



Langkah 4: Pada ruangan Applicant, masukkan nama staf yang dikehendaki
Langkah 5: Pada ruangan Claim Date, masukkan tarikh yang dikehendaki
Langkah 6: Pada ruangan Start Time, masukkan waktu mula yang dikehendaki
Langkah 7: Pada ruangan End Time, masukkan waktu akhir yang dikehendaki
Langkah 8: Pada ruangan What is your reason to apply Overtime? masukkan sebab yang dikehendaki (jika tiada boleh letakkan simbol - atau 0)
Langkah 9: Jika perlu, pada ruangan Additional Description, masukkan maklumat yang dikehendaki
Langkah 10: Klik Submit Now




Cara Mohon Kerja Lebih Masa Dalam App MySyarikat

Untuk mohon kerja lebih masa (overtime claim) dalam app MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-mohon-kerja-lebih-masa-apply-overtime-claim-dalam-app-mysyarikat-1xv4jod/

Updated on: 03/02/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!