Articles on: [Version 2.0 BM] Employee

[Versi 2.0] Cara Daftar Akaun Staf Baru Dalam Website MySyarikat (Register New Employee)

Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

Untuk daftarkan akaun staf baru dalam akaun syarikat, pihak HR/Admin hanya boleh lakukan dalam website MySyarikat sahaja

Terdapat 2 cara untuk daftarkan akaun staf baru dalam akaun syarikat boleh dilakukan secara pukal (bulk) & manual

Cara pukal (bulk) boleh dilakukan dengan muat turun "template" Excel yang disediakan oleh pihak MySyarikat sahaja

Cara manual perlu dilakukan secara satu per satu sahaja


Cara Daftarkan Akaun Staf Baru Secara Pukal (Bulk)

Untuk daftarkan akaun staf baru ke dalam akaun syarikat secara pukal (bulk), pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik Import Staff
Langkah 3: Klik Download Template
Langkah 4: Masukkan jumlah staf yang ingin didaftarkan
Langkah 5: Klik OK



Langkah 6: Klik pada file yang telah di muat turun



Langkah 7: Masukkan maklumat yang dikehendaki



Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin
Untuk mengelakkan sebarang "error" semasa daftarkan staf secara pukal (bulk), pihak HR/Admin diingatkan untuk tidak membuat sebarang perubahan dalam fail Excel ini
Pihak HR/Admin juga perlu pastikan semua maklumat tidak melebihi 50 karakter (termasuk simbol dan spacing)

Langkah 8: Untuk muat naik fail Excel tersebut, boleh rujuk Langkah 1 hingga Langkah 2. Kemudian klik Choose File & pilih fail Excel yang telah diisi tadi
Langkah 9: Klik Upload



Nota: Paparan "error" tersebut dipaparkan kerana jumlah staf yang ingin didaftarkan adalah lebih besar daripada jumlah langganan akaun syarikat
Boleh klik Continue terlebih dahulu & masukkan jumlah slot yang masih "available" dalam langganan akaun syarikat





Langkah 10: Klik Continue



Langkah 11: Paparan tersebut akan dipaparkan & nama staf tersebut akan berada dalam Active Staff






Cara Daftarkan Akaun Staf Baru Secara Manual

Untuk daftarkan akaun staf baru ke dalam akaun syarikat secara manual, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik Add New Staff



Langkah 3: Pada ruangan Account Information, masukkan semua maklumat yang dikehendaki



Langkah 4: Pada ruangan Access Control, masukkan maklumat yang dikehendaki
Langkah 5: Klik Add Staff



Nota: Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan dengan Access Control, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:
https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-access-control-dalam-sistem-mysyarikat-1ijte81/

Nota: Paparan tersebut dipaparkan kerana emel & username yang ingin didaftarkan telah didaftarkan dalam akaun syarikat lain
Pihak HR/Admin perlu daftarkan staf menggunakan emel & username lain terlebih dahulu

Updated on: 13/02/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!