Articles on: [Version 2.0 BM] Payroll

[Versi 2.0] Pengiraan Kerja Lebih Masa Secara Automatik Dalam Payroll (Overtime Automatic In Payroll)

Sistem MySyarikat akan membantu dalam mengira amaun Overtime Claim yang dipohon oleh pekerja dalam pemprosesan gaji. Pihak HR/Admin perlu tetapkan fungsi ini di System Setting > Payment > Overtime Setting



Sistem MySyarikat benarkan pihak HR/Admin untuk buat pilihan sama ada amaun Overtime Claim masuk ke dalam Payroll sahaja, Payment Voucher sahaja atau kedua-duanya sekali



Perlu diingatkan juga bahawa amaun gaji basic staf pada Employee Salary Table perlu disetkan juga. Jika amaun gaji basic tidak disetkan, permohon Overtime Claim akan menjadi RM0.00





Sebarang permohonan Overtime Claim akan terus dikira dalam payroll yang akan dimasukkan dalam bahagian Additional Item



Untuk Overtime Claim dalam Versi 2, terdapat 3 jenis pengiraan yang pihak HR/Admin boleh pilih.

Nota: From Application adalah mengikut Overtime Claim yang staf apply



Nota: By Policy adalah mengikut rate Overtime yang telah ditetapkan oleh pihak HR/Admin. Sistem akan paparkan semua rate Overtime Claim yang fixed & custom rate Overtime Claim yang pihak HR/Admin telah create pada System Setting > Claim > Overtime





Nota: Custom adalah pengiraan secara manual. Pihak HR/Admin boleh masukkan nilai Overtime Claim secara manual



Formula Pengiraan Overtime Dalam Sistem MySyarikat

Berikut adalah formula bagi pengiraan Overtime Claim dalam sistem MySyarikat:

Dapatkan jumlah gaji per jam



Formula :

= Basic ATAU Gross Salary / 26 hari / Jumlah jam bekerja (8 atau 7.5 jam)

Nota: Amaun 26 hari boleh rujuk pada bahagian Overtime working days in month



Nota: Jumlah jam bekerja boleh rujuk pada bahagian Standard Working Hours



Kira jumlah Overtime



Formula :

= Jumlah Gaji per Jam darab dengan Jumlah Jam Overtime darab dengan kadar Overtime (1.5, 2.0, 3.0, etc)

Nota :
1.5 = Hari bekerja
2.0 = Hari rehat
3.0 = Cuti umum

Penetapan Overtime Claim

Untuk penetapan Overtime Claim, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik System Setting
Langkah 2: Klik Payment



Langkah 3: On kan button Count approved Overtime into Payroll



Langkah 4: Pada ruangan Wage Calculation, pihak HR/Admin boleh pilih Basic Salary atau Gross Salary



Nota 1: Jika pada ruangan Wage Calculation dipilih Basic Salary, sistem akan kirakan amaun Overtime mengikut gaji basic staf



Nota 2: Jika pada ruangan Wage Calculation dipilih Gross Salary, sistem akan kirakan amaun Overtime mengikut gaji kasar staf (Gaji Basic + semua elaun)



Langkah 5: Isikan maklumat pada bahagian Overtime Cut-off Date



Nota: Bahagian ini adalah yang paling penting. Pihak kami cadangkan pihak HR/Admin tetapkan Overtime Cut-off-Date berdasarkan payroll cycle syarikat. Sebarang penetapan yang tidak mematuhi penetapan ini akan diabaikan

Contoh:
a) Jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll November, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 31/10/2023 hingga 30/11/2023

b) Untuk bulan yang mempunyai jumlah hari sebanyak 30 hari seperti September, jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll October, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 30/9/2023 hingga 30/10/2023

Langkah 6: Pada ruangan Compensation Rounded, pihak HR/Admin boleh pilih No Round, Round Up, Round Down



Nota 1: No Round merujuk kepada nilai Overtime tidak akan dibundarkan. Contoh: nilai Overtime adalah RM5.45 tidak akan dibundarkan kepada nilai lain, akan kekal kepada RM5.45
Nota 2: Round Up merujuk kepada nilai Overtime akan dibundarkan kepada nilai atas. Contoh : nilai Overtime RM5.45 akan dibundarkan kepada RM5.50
Nota 3: Round Down merujuk kepada nilai Overtime akan dibundarkan ke bawah kepada nilai yang lebih rendah. Contoh: nilai Overtime RM5.45 akan dibundarkan kepada RM5.40

Langkah 7: Isikan maklumat pada ruangan Overtime working days in month
Langkah 8: Klik Save Changes



Langkah 9: Pada ruangan Standard Working Hour, masukkan amaun yang dikehendaki



Nota Tambahan untuk pihak HR/Admin

Untuk amaun Overtime masuk dalam payroll secara automatik:

Staf perlu apply Overtime terlebih dahulu

HR wajib approve kan Overtime tersebut mengikut cycle cut off date Overtime.

- Untuk semak cut off date di dalam system setting boleh ikut langkah di bawah:

i. Klik System Setting
iii. Klik Payment
iii. Semak pada Overtime Setting
iv. Klik dan semak pada Overtime Cut-off Date





Contoh:

a) Jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll November, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 31/10/2023 hingga 30/11/2023

b) Untuk bulan yang mempunyai jumlah hari sebanyak 30 hari seperti September, jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll October, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 30/9/2023 hingga 30/10/2023

Payroll di generate selepas semua Overtime di approve dalam cycle cut off date Overtime

Jika payroll di generate baru Overtime di apply & di approve, amaun Overtime tersebut tidak masuk dalam payroll

Amaun Overtime tersebut perlu dimasukkan secara manual dalam payroll


Cara Kemaskini Amaun Overtime Dalam Payroll Staf

Untuk kemaskini amaun Overtime Claim dalam payroll, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-kemaskini-amaun-overtime-claim-updateedit-overtime-claim-dalam-payroll-staf-5rwp5s/?bust=1706923783509

Updated on: 16/03/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!